Wednesday, August 02, 2006

Alhamdulillah



Raudhah Design TeamWork

Assalamualaikum warahmatullah semua.. apa kabar? harap sahabat2 sihat.. lama tak bersua.. hanya berhubung di alam maya.. harap2 blog antum pun update jugak sekurang2nya terubat juga rindu saya pada antum dan dpt juga berita2 terbaru antum yang dah lama terpisah.. :)

Alhamdulillah semalam genap hari ulangtahun kelahiran..biasa saja.. cuma dihadiahkan rasa syukur dan ketenangan oleh Ilahi..bahagia dengan suasana yang tersedia.. bersama keluarga sepuas hati.. bayar balik hutang kerinduan yang selama ini terpisah beberapa tahun dengan keluarga..

Cuma yang ditakuti ialah lalai apabila berada dalam keselesaan yang diberi..
Walau pun hari2 berlalu seperti biasa, tapi harapnya tanggungjawab atas diri sendiri tak dilupakan.. sehari atleast kene tambah ilmu walaupun 1 muka surat..

azam untuk tahun yang ke 24 ni? ermm ape ye?
harap2 thn ni berani drive keta.. errr.... :D

Monday, July 24, 2006

Aiman comel

Assalammualaikum..

perkara yg paling saya suka?
Bermain dgn budak kecil..
sebab?
sebab rasa sejuk hati bila tgk budak kecil senyum..

tempat: rumah atuk
waktu nak balik ke rumah, nak tutup pintu pagar, sambil tu Aiman(1 setengah tahun) bermain depan rumah.

saya: "babai Aiman.. kaksha nak balik dah.."(lambai tangan sambil tutup pintu pagar)
aiman: (meluru ke arah saya sambil menghulur tangan) "nak alam..."
saya: "oh nak salam.. meh sini.."(sambil senyum hulurkan tangan)
aiman: "nak iyom.." (nak cium..)

aiman cium pipi..(comel dan cerdik..)

aiman:"emh.. ucuk.."(busuk)
saya:"heheh amboi..pandailak adik nih.. dah nak cium, kite lak yg busuk.. hehe pandai lak dia nak ngusik.."
aiman:"babai..."(sambil lambai dan ketawa puas hati usik kakak..)
saya:"babai aiman.."(sambil ketawa jugak..)

adik comel ni bukan main pandai usik ye.. aiman.. dah besar pun.. dari kecik duk tidurkan dia,jaga dia waktu cuti.. alahai rindu kat aiman.. :)
jadi anak yg soleh ye dik.. :)

anak2 dilahirkan bersih tiada dosa.. penghibur ayahanda dan bonda.. :)

Al fatihah buat anakanda Danish (Allahyarham)

Assalamualaikum warahmatullah..

Takziah buat kak mazuin sekeluarga atas kembalinya anakanda danish 25 hari ke Rahmatullah pada Subuh 23 Julai 2006.. walaubagaimanapun, syukur atas Ilahi kerana ibunda dapat menatapi wajahnya yg sebelum ini dijangka lahir pada 1 Ogos depan..

Semua yg berlaku adalah takdir dari Allah.. dari NYA kita datang,kepada NYA kita akan kembali.. nantikan ibunda di syurga..

Al Fatihah..

Wednesday, July 19, 2006

hari yg tenang..

Alhamdulillah.. beberapa hari lepas dapat rezeki murah.. lega rasanya..apa yg boleh dikatakan ialah, memang tak rugi kalau berbuat baik kepada ibu bapa.. hati rasa lega, rezeki mudah diterima.. itu saja yg dpt diungkapkan.. seronok dpt menggembirakan ibu bapa.. alhamdulillah syukur..

Tuesday, July 11, 2006

hidup senang atau tenang?

assalamualaikum,

dalam hidup penuh ujian.. berjayakah kita lalunya?
seminggu ulang-alik jaga nenek di hospital. makcik2 dan pakcik2 sedara pun ramai yg balik jaga nenek.. banyak juga kenangan pahit dan manis dirasakan..apa yg penting adalah saya bersyukur sebab Allah tunjukkan kebenaran di atas kebenaran...
seronok juga dapat jumpa sepupu2 comel.. masing2 sibuk nak bgtau prestasi pelajaran masing2.. :) ada yg dpt no 5, ada yg dpt no 1.. hai bukan main nak sembang ye..

semalam seronok dapat jumpa kawan sekelas dlm raudhah.com.. zimah, rasa nak jumpa la dgn zimah,.. harap2 zimah belaja baik2.. ;)

alhamdulillah.. apa yg saya pelajari minggu lepas, adalah kita hendaklah sabar dalam kehidupan.. almaklumla.. org pompuan nih, terutama nya kalau dah berkahwin ramai yg tak sabar... sikit2 nak melenting.. saya respect bila tgk makcik saya sorang yg penyabar.. dah la dia sarat mengandung.. apa2 pun dia tenang aje.. dlm hati saya berkata:penyabarnya dia.. nak jadi sabar macam makcik lah..saya tau.. kalau diperhati, dia boleh dikategorikan isteri yg taat pada suami..

Alhamdulillah, syukur saya dpt hadiri majlis ilmu sabtu lepas kat masjid di rumah.. ustaz sebut pasal hadis mengenai balasan isteri yg menderhaka suami dan ganjaran terhadap isteri yg solehah.. sebaik2 perhiasan untuk dilihat adalah isteri yang solehah.. :)

wassalam..

Monday, July 03, 2006

Kerna dia..

Bismillhirrahmanirrahim... :)

Assalamualaikum..kaifahalukum..

Harap sahabat semua sihat2 dan bahagia di samping tugas harian..
Pertama-tamanya nak ucapkan tahniah pada sahabatku.. zai.. maaf,sy tak dpt datang walimah.. ada tetamu datang ke rumah..insyaAllah kalau ada rezeki sy pi melawat zai.. semoga zai semakin tenang memulakan hidup baru bersama suami :)

kedua, nak ucapkan tahniah juga adik sebilik di MMU telah selamat bertunang Sabtu lalu.. seronok dengar kalian dah bertunang... moga dipermudahkan urusan pernikahan selepas ni..

ketiga, adik sebilik gak,kesian nya dia accident sabtu lepas.. banyakkan berehat ya.. sian dia...akak doakan cepat sembuh.. tabahkan hati menempuh ujian..

hati memang susah nak dijaga.. susah juga nak pelihara.. tp kita kena la usaha jg hati sendiri sebelum harapkan org lain untuk jaga hati kita... cari saja peluang mendekatkan diri padaNya.. salah satu nya ialah dengan menuntut ilmu.. dekatkan diri dengan majlis ilmu.. takkan rugi malah dikatakan malaikat2 turun bersama2 dalam majlis ilmu.. moga kita sentiasa membersihkan jiwa dari kotoran2.. moga hidup kita semakin hari semakin baik.. insafi apa saja yg dilakukan adakah semuanya diikhlaskan kepada Allah atau hanya sekadar memenuhi adat kehidupan...

akhir kata, semoga dirinya dipelihara Allah.. saya cuma mampu berdoa.. tak mampu meramal apa yg belum pasti di masa hadapan.. moga Allah mengaturkan perjalanan hidup yg terbaik buat dia.. semoga dia bahagia..itu saja harapan saya..

alfaqirah ilAllah..

Thursday, June 29, 2006

sejuk mata memandang..

Assalamualaikum..
selamat pagi semua.. mulakan hari ini dengan senyuman ikhlas..
pagi ni sempat singgah kedai makan roti canai dgn susu lembu pagi ni.. seblum ni rasa macam tak lalu minum susu lembu... rasa macam tak sedap padahal belum rasa pun lagi dah buat kesimpulan.. tadi dgn beraninye saye menyahut cabaran untuk minum susu lembu.. hihi kelakar kan? bila dah rasa, mak aii sodapnye..siap bungkus satu lagi, nak bawak gi ofis.. hihi.. patutla emak order gelas besar setiap kali makan pagi kat sini.. so pengajaran buat diri sendiri,jgn terus buat conclusion ke atas sesuatu kalau belum rasa.. cthnye camni la, macamane kita nak akui minuman yg kita minum tu sedap kalau kita sendiri tak rasa..dlm kehidupan pun macam tu la..jgn cepat buat conclusion..."dengar, jgn percaya, lihat jgn percaya..guna akal dan buatlah penilaian.. insyaAllah kalau ini yg dijaga, anda akan menjadi pemimpin yg terbaik.."

satu lagi kisah best, mase minum, dtglah satu family(kebetulan member parents).. dia bawak baby kecik(dlm umur die tak sampai la setahun), tgk2 aje dia, baby tu tak berklip mata tgk sy,bile lambai kat dia,pandai pulak dia senyum.. sejuk.. hati tgk baby senyum kat kita.. bijak betul baby cute ni hihi..baby kecil,takde dosa lagi.. bila tgk,tenanglah jiwa..;) hai rindu pulak kat anak2 jagaan kat CEC.. lama dah tak jumpa diorg..

alhamdulillah best betul pagi ni sarapan dgn mak ayah.. ok.. time to continue my work.. pagi ni ramai yg takde.. diorg pi Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang..

ok selamat berkerja semua.. continue di hari lain insyaALLAH.. :)